Terima Menantu Seadanya Sebab Dia Pilihan Anak Anda, Jangan Bebankan Mental, Emosi Dan Perasaan Menantu Hanya Kerana Dia Bukan Pilihan Anda

Ramai menantu terutamanya menantu perempuan yang mungkin tak sebulu atau susah nak serasi dengan ibu mertua atas alasan kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mertua terlalu cerewet. Payah dan tak seronok kalau menantu perempuan jenis tak ‘sekepala’ mertua. Akan ada sahaja perkara yang tidak kena di mata ibu mertua. Sudah tentulah rumah tangga akan sentiasa ‘panas’ dan bergolak. Buat ibu mertua pula, usahlah terlalu ikut hati. Restuilah pilihan anakmu. Doakan kebahagiaan rumah tangga anak menantu. Ikuti perkongsian yang dipetik dari catatan Firdaus Shakirin di laman Facebooknya. “Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yg mak impikan, yg mak bayangkan, yg mak harapkan, tapi dia pilihan saya” “Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya, dan saya harap, mak pun sama, dapat terima…” Entah kenapa…masih ada segelintir mertua yg xdpt menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yg merupakan pilihan anaknya s...